Tuesday, December 17, 2013

Lagu Wajah - Jaclyn Victor

http://www.youtube.com/watch?v=4h2IItJEIj0


Lirik Lagu Wajah - Jaclyn Victor

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/01/wajah-jaclyn-victor.html#ixzz2nmd29ZDz

Komen/ ulasan berkaitan lagu ini adalah :

- Kita dapat melihat manusia di dunia ini yang terpaksa hidup dalam kesempitan ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Oleh itu melalui lagu ini, kita dapat menghayati kesusahan yang dialami oleh mereka.


Thursday, November 28, 2013

SUHAKAM syor undang-undang sedia ada ditambah baik demi menjaga imej negara

Penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pada 9 September 1999, pada dasarnya adalah manifestasi terhadap perjuangan hak asasi manusia di seluruh jagat raya tanpa mengira keturunan, warna kulit atau ideologi politik. 

Sebelas tahun berlalu, hari ini perjuangan SUHAKAM dalam memastikan setiap individu menikmati hak asasi masing-masing semakin menampakkan kejayaan. 

Pesuruhjaya SUHAKAM, Mohd Sha’ani Abdullah, berkata tahap kesedaran masyarakat berhubung hak asasi manusia semakin meningkat, kesan antara lain melalui pendedahan meluas pihak media. Ini juga bukti isu hak asasi manusia sentiasa relevan. 

Katanya, peningkatan aduan diterima daripada orang ramai secara tidak langsung mencerminkan kejayaan SUHAKAM dalam mencambahkan kesedaran mengenai hak asasi yang tidak boleh dinafikan selagi ia tidak melanggar batas undang-undang negara. 

Beliau berkata, layanan kerajaan terhadap golongan pelarian dan mangsa pemerdagangan manusia masih banyak ruang untuk diperbaiki dengan menambah baik beberapa peruntukan undang-undang sedia ada supaya tidak dianggap sebagai melanggar atau mencabuli hak asasi manusia. 

Contohnya, mangsa atau saksi kepada jenayah pemerdagangan manusia lazimnya ditempatkan di pusat perlindungan sementara menanti proses siasatan dan perbicaraan, sebenarnya lebih menyerupai penjara kerana tidak dibenarkan bergerak bebas atau bergaul antara satu sama lain. 

Pada masa sama, katanya, akan ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjadikan pelarian sebagai sasaran aktiviti tidak bermoral seperti mengutip wang perlindungan dan sindiket pengemis sekali gus masalah sosial yang cuba dibanteras akan terus bermaharajalela. 

Beliau bagaimanapun mengakui kerajaan sering memberi reaksi positif terhadap semua saranan penambahbaikan oleh SUHAKAM dengan mengaplikasi saranan itu pada kadar segera mengikut kesesuaian dan keberkesanannya. 

Reaksi positif kerajaan itu, kata Mohd Sha’ani, turut mencakupi pindaan dan penggubalan klausa undang-undang tertentu bagi memberikan impak maksimum terhadap pengendalian sesuatu perkara yang memerlukan campur tangan badan perundangan negara.